Ristaan Guru2 Maktab Perguruan Melayu Brunei

Guru-guru Maktab Perguruan Melayu Brunei pada tahun 1963 bergambar ramai di kawasan Lapangan Terbang Lama Berakas.

Guru-guru wanita juga mengikuti Persatuan Pengakap pada ketika itu.

Guru-guru pelatih bergotong-royong mendirikan khemah.

Lapangan Terbang Lama Berakas pada tahun 1958.

Ristaan guru-guru Maktab Perguruan Melayu Brunei
September 16, 2017

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

BANYAK rintangan dan kesulitan yang dihadapi oleh guru-guru pelatih yang menuntut di Maktab Perguruan Melayu Brunei pada tahun 1963. Ketika itu, ianya terletak di Berakas. Kebanyakan guru dan pelajarnya pula tinggal di Kampong Ayer. Mereka perlu menaiki bas khas kerajaan untuk pergi ke maktab dan ianya mengambil masa setengah jam untuk sampai ke lokasi. Sebelum itu, mereka terlebih dahulu berkumpul di kawasan belakang Pejabat Setiausaha Kerajaan sebelum beredar pergi.

Salah seorang daripada guru tersebut menceritakan kepada penulis bahawa azam mereka adalah untuk sentiasa tabah dan sabar dalam menempuhi alam pembelajaran. Pada waktu hari-hari kelepasan awam seperti hari Jumaat dan Ahad, guru-guru ini meluangkan masa bersama dengan melawat Lapangan Terbang Lama Berakas bertentangan dengan Kampung Burung Pingai Berakas dan Kampung Jaya Bakti. Pada ketika itu kawasannya masih lengang dan sunyi. Sekali sekala pesawat kapal terbang kelihatan naik dan turun di Lapangan Terbang Lama Berakas. Jenis-jenis pesawat yang ada pada ketika itu adalah pesawat penumpang, pesawat MSA dan BOASC serta pesawat-pesawat kecil seperti helikopter, pesawat Hercules tentera British yang mana kadang-kadangnya membawa pesakit dari kawasan pedalaman.

Pada setiap hari minggu juga, guru-guru ini mengadakan aktiviti latihan dalam bidang pengakap yang terdiri daripada guru-guru tempatan lelaki dan perempuan. Guru-guru lama dan berpengalaman juga ikut serta dalam aktiviti tersebut.

Tempat latihan yang diadakan pada masa itu ialah di Jalan Kampung Beribi, Gadong, di mana pada masa ini adalah Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Jalan Gadong.

Keadaan kawasannya pada ketika itu adalah hutan dan semak. Kini PPNBD sudah memiliki ramai anggota dan ahli yang terdiri daripada belia-belia, penuntut-penuntut sekolah dan maktab.

Ihsan Media Permata

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island