Brunei New Hotel - Hotel Al-Afiah




Hotel Al-Afiah dibuka rasmi
September 8, 2017
Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Sebuah hotel yang dimiliki 100 peratus oleh pengusaha tempatan, Hotel Al-Afiah dibuka secara rasmi hari ini dalam majlis pelancaran yang diadakan di Kampung Kiulap, di sini.

Hadir bagi menyempurnakan majlis berkenaan ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Hotel yang diuruskan oleh keluarga Yang Dimuliakan Pehin Haji Adanan itu terletak di kawasan komersial Kampung Kiulap, berdekatan dengan Sungai Kedayan yang turut memberikan kemudahan kepada penginap hotel untuk bersiar ke Bandar Seri Begawan sama ada dengan menggunakan bot atau kenderaan lain.

Hotel itu juga mempunyai jarak perjalanan 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan juga berdekatan dengan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

Yang Dimuliakan Pehin Haji Adanan dalam temu bual ringkas menjelaskan Al-Afiah adalah Bahasa Arab yang memberi maksud dalam keadaan holistik, ketenteraman dan makmur sejajar dengan slogannya ‘Peace of Mind, Stay with Us’.

Beliau menambah, “Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas pada masa-masa tertentu, bot juga terdapat di Jeti Hotel Al-Afiah bagi memudahkan pelanggan untuk berkunjung ke Bandar Seri Begawan atau bersantai di tepi Sungai Kedayan memandangkan ia adalah tempat untuk memancing.”

Hotel berkenaan memiliki 50 buah bilik yang terdiri dari Bilik Eksekutif Suite (satu bilik), Bilik Eksekutif (dua buah bilik) dan Bilik Superior serta Deluxe.

Di samping itu, hotel berkenaan juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti penyediaan bilik solat yang dilengkapi dengan sejadah, Al-Quran dan hala kiblat.

Di setiap bilik juga dilengkapi unit televisyen dengan saluran tempatan dan antarabangsa, mesin pembuat kopi dan teh, penghawa dingin, peti sejuk, WiFi/Internet, 100 peratus bilik bukan untuk merokok, soket kuasa universal dan banyak lagi kemudahan lain.

Ihsan Media Permata

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island